Ini bukan cerita dongeng mahupun fantasi... Cuma hasrat di hati igin menyatakan bahawa sudah lama ku tidak blogging... Bagaimana hendak ku mulakan?? Pastinya dengan lafaz bismillah agar tiada sesiapa yang terasa kerana nawaitu di hati tidak ingin melukakan sesiapa.. Ku ingin mulakan dengan perjalanan hidupku dari tarikh 4 Jun 2009.. Ku telah berpindah dari rumahku ke rumah arwah atukku yang sekarang didiami oleh makcik ku dan keluarganya.. Keluargku juga turut berpindah ke sana kerana rumah kami sedang dibina semula dengan tujuan untuk mengubahsuainya agar ia lebih besar sedikit kerana adik-beradikku sudah besar dan kakandaku sudah hampir menjadi isteri seseorang.. Ku tidak sangka bahawa mengemas rumah untuk berpindah merupakan suatu aktiviti yang memenatkan.. Lebih memenatkan lagi, apabila ku terpaksa mengambil alih tugas kakandaku yang mengalami sakit tulang belakang.. Ku tidak sanggup melihat kakandaku keperitan mengangkat kotak-kotak dan juga barang-barang yang berat.. Ku tidak mahu melihatnya meringkuk dalam rumah sakit lagi.. Ku harus menolak tepi kepenatanku yang dibawa bersama setelah menjalani perkhemahan di Pantai Sri Tujuh anjuran sekolah bagi melengkapkan program Anugerah Remaja Perdana.. Aktiviti mengangkut barang-barang telah berjalan selama tiga hari.. Pada hari ketiga, ku berasa penat sungguh sehinggakan ku tidak terdaya lagi untuk membantu ibunda dan ayahandaku.. tetapi apakan daya, kudratku adalah kudrat muda lalu ku teruskan membantu mereka.. Setelah selesai mengankut barang-barang tersebut, ku telah bermalam di rumah salah seorang kawan karibku, Aqram.. Kami telah menghabiskan masa bersama melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah (bukan aktiviti seksual) seperti melepak dan berhibur sepanjang hari.. Pada mulanya ku ingat ingin bermalam sehari sahaja, tetapi ku ingin keluar daripada ketegangan dalam diriku hingga menyebabkan ku membuat keputusan untuk bermalam di sana untuk satu hari lagi dan memang ku terhibur dan ketegangan dalam diriku dapat dikurangkan.. Ku berterima kasih kepada Aqram kerana mengundangku untuk bermalam di rumahnya.. Sekali lagi ku nyatakan, TERIMA KASIH AQRAM!! Dua minggu telah berlalu dan sekolah telah bermula semula seperti biasa.. Akan tetapi, ku tidak dapat menghadirkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan.. Pabila ku rasa sudah boleh ku nyatakan akan ku nyatakan nanti.. Ingin ku menaip panjang lebar lagi tapi apakan daya ku tidak dapat berbuat sedemikian kerana gambar-gambar terdapat di dalam komputer riba ayahandaku.. Apa yang boleh ku ceritakan sekarang ialah pengalamanku menaiki pentas untuk menatap pingat perak ku bagi Anugerah Remaja Perdana.. Ku berbangga kerana telah bersama dengan 119 remaja yang lain yang telah berjaya merangkul pingat perak tersebut.. Alangkah indahnya jika kesemua remaja bersikap seperti mereka yang sentiasa berusaha gigih untuk mencapai sesuatu dan menjaga budi pekerti.. Ku telah bertembung dengan remaja dari pelbagai jenis umur.. Sejuk hatiku apabila mendapati tidak semua remaja yang terpesong dalam hidup mereka seperti remaja yang telah menyertai kumpulan rempit antaranya.. Masyarakat tidak harus terus membenci kepada golongan remaja tersebut sebaliknya kita harus membimbing mereka ke jalan yang benar.. Ku juga terdapat beberapa rakan yang telah terjebak dengan gaya hidup songsang itu tetapi alhamdulillah mereka sekarang telah nampak cahaya dalam hidup mereka iaitu "lampu jalan ke arah kejayaan".. Dengan bimbingan kita ataupun orang-orang yang berjaya, mereka pasti akan berubah.. Memang negara kita sekarang dibelenggu dengan masalah remaja-remaja yang makin mengganas namun jangan dilupakan golongan remaja yang berikhtiar untuk memajukan tanah air serta mencapai matlamat hidup mereka.. Pihak berkuasa perlu bertindak pantas dan lebih tegas dalam menjalankan tugas mereka.. Para rakyat dan kerajaan tidak seharusnya berputus-asa akan kejadian ini tetapi kita perlu bersama-sama untuk tidak putus-putus menangani masalah ini.. Namun begitu, jangan disalahkan pihak lain atas kemelut yang kita hadapi ini melainkan ibu bapa remaja itu sendiri.. Setiap ibu bapa yang baik pasti dapat membimbing anak-anak mereka untuk menjadi insan yang baik atau lebih baik daripada mereka sendiri.. Di bawah ini, ku letakkan beberapa gambar untuk tatapan semua...
Ini merupakan gambar hiasan sahaja.. Bayangkan ia adalah cahaya yang disuluh agar kita dapat petunjuk ke arah kejayaan dengan niat yang ikhlas..
Gambar ini merupakan gambarku bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuanganku..
Ini pula gambarku di tandas Hotel Grand Seasons yang ku anggap kelas pertama.. Memang ku akui ku jarang sekali singgah ataupun bermalam di hotel...
Itu sahaja buat kali ini.. Ku berharap tiada sesiapa yang akan tersinggung apabila mereka membaca blog ku ini.. Sememangnya ku hanyalah insan biasa yang hanya ingin meluahkan isi hati ini untuk tatapan orang ramai.. Jikalau ada yang tersinggung, ku mohon maaf pada mu.. Jika ku masih sihat dan Illahi memanjangkan umurku, pastinya ku akan berceloteh lagi.. Assalamualaikum dan selamat tinggal buat masa ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment